Semua pihak mesti patuhi Deklarasi Kuala Lumpur - KSN

Shamsul Azri Abu Bakar. Foto fail Bernama
Shamsul Azri Abu Bakar. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua pihak agar mematuhi sepenuhnya Deklarasi Kuala Lumpur yang telah dipersetujui.

Shamsul Azri menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional Siri 5 Bil. 2/2025 bersama semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang berlangsung pagi Selasa.

"Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh integriti, meningkatkan kecekapan tadbir urus sektor awam serta menyelaras pelaksanaan dasar secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, komitmen terhadap prinsip tatakelola yang baik di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan adalah asas dalam menjayakan agenda reformasi tadbir urus negara secara menyeluruh dan berkesan. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!