Polis Johor sedia bekerjasama dengan Polis Singapura siasat penipuan program subsidi perumahan

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran program subsidi berkenaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran program subsidi berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Polis Johor menegaskan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung penipuan yang dikaitkan dengan inisiatif subsidi perumahan Johor-Singapura seperti yang dilaporkan oleh pihak berkuasa republik itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsat berkata, walaupun tiada kes seumpama itu dilaporkan di negeri ini, Polis Johor akan bekerjasama dengan Singapore Police Force (SPF) sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran subsidi dan sentiasa mengambil langkah pencegahan agar tidak menjadi mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, media Singapura melaporkan mengenai amaran yang dikeluarkan SPF berhubung penipuan “Program Subsidi Perumahan Johor-Singapura” yang sedang beredar dalam talian.

Menurut laporan itu, iklan berkenaan kononnya memaparkan kerjasama kerajaan Singapura dan Johor bagi menyediakan perumahan bersubsidi, lengkap dengan pautan palsu untuk permohonan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!