Pereka fesyen Itali, Giorgio Armani meninggal dunia pada usia 91 tahun

Armani merupakan antara pereka fesyen paling berpengaruh di dunia.
Armani merupakan antara pereka fesyen paling berpengaruh di dunia.
A
A
A

ROM - Pereka fesyen Itali, Giorgio Armani meninggal dunia pada usia 91 tahun, menurut syarikat fesyen itu dalam satu hantaran di media sosial pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut kenyataan itu, Armani masih bekerja sehingga ke akhir hayatnya dan menghembuskan nafas terakhir di sisi orang tersayang.

Armani merupakan antara pereka fesyen paling berpengaruh di dunia.

Dilahirkan pada 11 Julai 1934, di Piacenza, utara Itali, keluarganya berpindah ke Milan selepas Perang Dunia Kedua. Selepas tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, namun berhenti selepas dua tahun.

Dikenali sebagai "Principe della Moda" (Putera Fesyen), Armani merupakan anak kedua kepada seorang suri rumah dan seorang pekerja penghantaran barang.

Tahun lepas, Armani menyuarakan hasrat untuk bersara apabila memberitahu akhbar Itali Corriere della Sera bahawa beliau merancang untuk menerajui syarikatnya untuk beberapa tahun lagi.

Hasil rekaannya, yang sering digambarkan sebagai kasual dan ringkas namun elegan, telah digayakan di banyak acara permaidani merah, termasuk oleh bintang Hollywood seperti Richard Gere, Kevin Costner, Nicole Kidman dan Cate Blanchett. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!