Lima sekeluarga ditemui mati ditanam dalam lubang

Rumah di mana kesemua mayat ditemui ditanam dalam sebuah lubang. Foto Agensi
Rumah di mana kesemua mayat ditemui ditanam dalam sebuah lubang. Foto Agensi
A
A
A

INDRAMAYU – [DIKEMAS KINI] Penduduk Kampung Paoman, Daerah Indramayu, Jawa Barat, gempar apabila lima sekeluarga ditemui mati tertanam dalam sebuah lubang di rumah mereka.

Mangsa dikenal pasti sebagai Syahroni, 70, pemilik rumah; anaknya, Budi, 40; menantunya, Euis, 37; serta dua cucu masing-masing berusia tujuh tahun dan lapan bulan.

Seorang jiran, Ami, 35, berkata, dia hampir tidak percaya apabila mendengar berita mengenai kehilangan lima nyawa dalam keluarga itu sekali gus.

“Mereka kata ini kes rompakan. Mangsa lima orang,” katanya dengan suara terketar-ketar kepada wartawan pada Selasa.

Penduduk turut menceritakan kejadian mencurigakan pada Sabtu lalu apabila dua buah lori pikap dilihat berhenti di hadapan rumah mangsa pada waktu pagi. Tiada siapa menyangka ia mungkin detik terakhir keluarga berkenaan dilihat hidup.

Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berlaku tiga hingga empat hari sebelum terbongkar selepas bau busuk mula merebak dari rumah tersebut.

Jurucakap Polis Indramayu, AKP Tarno, mengesahkan laporan mengenai kejadian itu.

“Dalam satu lubang, lima mayat dijumpai. Kami masih menyiasat identiti penuh, tetapi dipercayai mereka sekeluarga yang tinggal di rumah itu,” jelasnya.

Kesemua jenazah telah dibawa ke Hospital Bhayangkara Losarang untuk proses bedah siasat. Pihak polis masih giat menyiasat motif dan punca insiden ngeri ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!