'20 minit tunggu, lega dapat tebus SARA'

Safari dan isteri menunjukkan resit penebusan SARA yang berjaya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah pasaraya pada Selasa.Foto Sinar Harian.
Safari dan isteri menunjukkan resit penebusan SARA yang berjaya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah pasaraya pada Selasa.Foto Sinar Harian.
A
A
A

KUANTAN – Penantian selama 20 minit di kaunter penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memberi kelegaan kepada pasangan suami isteri apabila dapat membawa pulang barangan asas buat keluarga mereka.

Bagi Mak Lini Kamaruzaman, 48, dan suaminya, Safari Abdul Aziz, 51, bantuan bernilai RM200 itu amat bermakna dalam menampung kos harian bersama empat anak mereka.

“Kami tunggu hampir 20 minit, alhamdulillah akhirnya berjaya tebus dan dapatlah beli serta tambah bekalan makanan dan minuman,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah pasar raya di daerah ini pada Selasa.

Mak Lini berkata, walaupun jumlah yang diterima tidak besar, namun ia tetap membantu meringankan perbelanjaan harian keluarga

Mak Lini dan Safari menunjukkan barangan keperluan yang dibeli. Foto Sinar Harian.
Mak Lini dan Safari menunjukkan barangan keperluan yang dibeli. Foto Sinar Harian.

"Kami tahu nilai tidak banyak, janji ada dalam meredakan bebanan rakyat," ujarnya.

Sementara itu, Safari pula berharap agar bantuan seumpama itu diteruskan sehingga ke tahun hadapan.

"Kita lihat bantuan seperti ini sangat membantu kami menguruskan belanja asas tanpa terlalu terbeban,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan menyalurkan inisiatif berkenaan pada waktu yang tepat.

Program SARA RM100 yang bermula pada Ahad bagi membolehkan lebih 20 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui penebusan barangan asas di pasar raya dan kedai terpilih seluruh negara.

Penebusan itu boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2025.

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!