[VIDEO] Tiga individu terlibat ritual puja kuda kepang dipenjara sebulan, denda RM2,000

A
A
A

BATU PAHAT – Tiga individu dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Syariah Batu Pahat pada Selasa selepas mengaku bersalah terbabit dalam upacara pemujaan tarian kuda kepang pada 10 dan 11 Ogos lalu.

Tertuduh, Muhammad Suhail Suttrysono, 35, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan serta dua mekanik, Azman Mohamer Seh, 45, dan Anuar Bandi, 40, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Syazwan Mohd Yusof.

Muhammad Suhail (depan) dan Azman (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Syariah Batu Pahat.
Muhammad Suhail (depan) dan Azman (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Syariah Batu Pahat.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Suhail melakukan upacara bertentangan hukum syarak, manakala Azman dan Anuar didakwa bersubahat dengan memainkan alat muzik bagi tujuan sama.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan lapang hadapan sebuah rumah di Parit Raja antara jam 10 malam hingga 1 pagi pada 10 dan 11 Ogos lalu.

Muhammad Suhail (kiri) dan Azman (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Syariah Batu Pahat.
Muhammad Suhail (kiri) dan Azman (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Syariah Batu Pahat.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 iaitu kesalahan berhubung aqidah: pemujaan salah, serta Seksyen 43(b) enakmen sama kerana persubahatannya.

Artikel Berkaitan:

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Ummu Salamah Sukayat.

Muhammad Suhail (belakang), Azman (tengah) dan Anuar (kanan) ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat untuk pertuduhan semula dibacakan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat.
Muhammad Suhail (belakang), Azman (tengah) dan Anuar (kanan) ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat untuk pertuduhan semula dibacakan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat.

Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000, sekiranya gagal bayar denda, hukuman penjara ditambah 14 hari.

Mereka turut dikenakan pemantauan Jabatan Agama Islam Johor selama enam bulan selepas tempoh penjara.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Daerah Batu Pahat, Ummu Salamah Sukayat.

Sebelum itu, tular sebuah video berdurasi satu minit di media sosial memaparkan ritual dipercayai berkaitan tarian kuda kepang yang dikaitkan dengan amalan syirik di daerah itu.

Rakaman tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita berkumpul sambil diiringi paluan gong serta alunan muzik, selain kelihatan dua lelaki seperti mengalami kerasukan.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!