KDEB umum operasi baharu kutipan sampah domestik

KDEB mengumumkan operasi baharu bagi perkhidmatan kutipan sampah domestik di kawasan pentadbiran MPKj bermula 1 September lalu.
KDEB mengumumkan operasi baharu bagi perkhidmatan kutipan sampah domestik di kawasan pentadbiran MPKj bermula 1 September lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEB) mengumumkan operasi baharu bagi perkhidmatan kutipan sampah domestik di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bermula 1 September lalu.

Anak syarikat milik penuh kerajaan negeri itu dalam satu kenyataan berkata, makluman tersebut selaras dengan pelaksanaan kontrak pengurusan kutipan sisa pepejal bagi tempoh tujuh tahun.

“Pelaksanaan kontrak ini menandakan kemasukan KDEB ke dalam fasa kedua perkhidmatan di kawasan Kajang selepas tamat tempoh kontrak pertama yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Sehubungan dengan itu, KDEB ingin memaklumkan akan terdapat beberapa perubahan dalam jadual kutipan dan kemungkinan berlaku sedikit gangguan perkhidmatan dalam tempoh awal pelaksanaan,” katanya.

Tambahnya, ia berikutan penyusunan semula zon kutipan dan pertukaran kontraktor yang memerlukan masa untuk proses penyesuaian serta pengenalan operasi oleh pihak terlibat.

Penduduk dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi KDEB bagi maklumat terkini, termasuk jadual kutipan yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Penduduk dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi KDEB bagi maklumat terkini, termasuk jadual kutipan yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“KDEB sedang mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan peralihan ini berjalan lancar dan sebarang gangguan dapat dikawal pada tahap yang paling minima.

“Penduduk juga dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi KDEB bagi maklumat terkini, termasuk jadual kutipan yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, KDEB turut merakamkan penghargaan kepada semua penduduk di kawasan Kajang atas kerjasama dan sokongan berterusan.

“Kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan kutipan sisa domestik yang cekap dan berkualiti demi kebersihan serta kesejahteraan komuniti setempat,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan perkhidmatan boleh disalurkan melalui talian Hotline KDEB di 1800882824, aplikasi iClean Selangor atau layari www.kdebwm.com dan media sosial rasmi Facebook, Instagram & X (Twitter) KDEBWM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!