Covid-19: MAIS sumbang makanan untuk petugas kesihatan

Ahmad Shahir
Ahmad Shahir
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbang sebanyak RM10,000 bagi tujuan pembelian makanan kepada warga kerja hospital dan pusat kesihatan daerah di Selangor yang bertugas dan berkorban menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, sumbangan itu menggunakan wang Baitulmal dan pelaksanaannya dengan kerjasama agensi serta anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras).

Menurutnya, sumbangan itu akan dilaksanakan segera iaitu sebanyak 3,000 pek makanan kering seperti roti dan air kotak akan diuruskan LZS dan Teras dengan kerjasama Jabatan Sosial Hospital serta Pusat Kesihatan Daerah.

"Teras akan menguruskan pembekalan dan pengedaran bantuan makanan kering ini terus kepada Hospital dan Pusat Kesihatan Daerah Negeri Selangor secara berperingkat dengan agihan bantuan makanan ini diutamakan kepada Hospital Sungai Buloh memandangkan mereka menguruskan lebih ramai pesakit Covid-19.

"Melalui usaha ini, MAIS amat berharap dapat meringankan beban semua pihak terutamanya barisan hadapan yang banyak berkorban dalam menangani wabak ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: