Orang ramai serbu KK Super Mart tebus SARA, dapat ganjaran tambahan

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak melepaskan peluang menyerbu KK Super Mart bagi menebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 sebaik jam berdetik ke angka 12 tengah malam tadi sekali gus membolehkan mereka menikmati ganjaran tambahan.
KK Super Mart dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, mereka menjadi satu-satunya peruncit di seluruh negara yang menerima SARA sebaik sahaja masuk jam 12 tengah malam pada 31 Ogos bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Katanya, cawangan KK Super Mart sebelum ini telah bersedia sepenuhnya bagi membolehkan orang ramai membeli makanan harian serta barangan keperluan dengan SARA yang boleh ditebus bermula Ahad hingga 31 Disember depan.
“Bagi memudahkan pengalaman pembelian, cawangan KK Super Mart telah menyiapkan sistem dan susun atur di dalam kedai. Barangan yang layak dibeli dengan SARA dipamerkan secara khusus dan ditanda dengan jelas supaya pelanggan dapat mengenal pasti dengan segera.

“Dengan semua cawangan beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun, pelanggan boleh mengatur masa kunjungan dengan fleksibel serta mengelakkan kesesakan di pusat membeli-belah besar,” ujarnya.
Menurut KK Super Mart, pilihan barangan mereka merangkumi beras, mi, makanan dalam tin, produk tenusu, barangan pembersihan dan penjagaan diri, sekali gus memudahkan seisi keluarga mendapatkan keperluan harian di satu tempat.
Lebih menarik, jelasnya, pengguna aplikasi KK Rewards menikmati ganjaran tambahan apabila berbelanja sebanyak RM50 ke atas dengan SARA di KK Super Mart.

“Dengan perbelanjaan itu, RM2 ganjaran tunai dikreditkan dalam KK Coins serta 2X KK Coins diberikan bagi jumlah pembelian. Sila rujuk pengumuman dalam aplikasi KK Rewards untuk terma, kelayakan dan tempoh sah.
“Kunjungi KK Super Mart terdekat, cari tanda ‘MyKasih/SARA’ pada rak, pilih barangan yang ditandakan dan ikuti panduan juruwang semasa pembayaran. Kakitangan kami yang terlatih sedia membantu agar urusan anda berjalan pantas dan lancar,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KK Super Mart di seluruh negara atau melayari aplikasi KK Rewards untuk melihat butiran kempen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu mengumumkan pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program SARA, yang terpakai untuk pembelian barangan keperluan berdasarkan 14 kategori produk terpilih.
Anwar berkata, pemberian bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos itu merupakan ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup, selain sebagai penghargaan kepada rakyat yang memberikan manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

