Angsa merajuk jika tidak dipeluk

Muhd Amirul Asyraf bersama Hashim.
Muhd Amirul Asyraf bersama Hashim.
A
A
A

SHAH ALAM – Seekor angsa peliharaan milik peniaga dari Tikam Batu, Sungai Petani menjadi perhatian apabila dikatakan akan merajuk dan berbunyi bising sekiranya tidak dipeluk oleh pemiliknya setiap kali dia pulang ke rumah.

Pemiliknya, Muhd Amirul Asyraf Ahmad Rosli, 27, berkata, dia membela angsa dinamakan Kamsiah dan Hasyim sejak kecil sehingga kini menjadi haiwan yang sangat manja dan jinak.

Menurutnya, Kamsiah kini berusia 10 bulan manakala Hasyim dibela sejak Aidilfitri ketiga lalu dengan kedua-duanya cukup rapat dengannya kerana biasa sejak dari awal.

“Sebagai contohnya, mereka jika dengar bunyi motor saya balik, memang akan segera berlari menghampiri. Jika tidak dipeluk, angsa saya akan berbunyi seakan-akan merajuk.

Muhd Amirul Asyraf memanggil kedua angsa miliknya pulang.
Muhd Amirul Asyraf memanggil kedua angsa miliknya pulang.

“Dari kecil lagi saya belai dan panggil nama mereka setiap kali memberi makan, sebab itu bila dipanggil mereka terus respon seolah-olah tahu nama itu memang untuk mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Terdahulu, video-video dikongsikan Muhd Amirul Asyraf melalui Tik Tok Myroz Jerr bersama haiwan kesayangannya sering mendapat perhatian dengan video pada 23 Julai dan 24 Julai masing-masing meraih 982,800 dan 870,700 tontonan.

Kamsiah dan Hasyim mencuri tumpuan selepas video interaksi pemuda itu termasuklah ketika dia memanggil haiwan peliharaan pulang ke rumah dan mereka mematuhi arahannya.

Artikel Berkaitan:

Pemuda terbabit memandikan Hashim (kiri) dan Kamsiah.
Pemuda terbabit memandikan Hashim (kiri) dan Kamsiah.

Muhd Amirul Asyraf turut memberitahu, dia memberi makanan kepada haiwan terbabit seperti biasa, namun belaian berterusan menjadikan mereka jinak.

Menurutnya, selain manja, angsa berkenaan juga tidak takut menaiki motosikal dan boleh duduk sekali bersama tuannya.

"Apabila ramai tengok video kami yang begitu manja, ada yang bertanya di mana lokasi saya memberi haiwan itu kerana mereka juga berminat dengannya," katanya.

Ketika mengulas mengenai pemilihan nama, dia yang menjual makanan mee rebus daging dan pakaian terpakai memaklumkan, nama Kamsiah dan Hasyim dipilih secara spontan, namun dilihat unik dan unik dengan kedua angsanya itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!