Lebih 400 individu ditahan kes sindiket penipuan dalam talian

Fadil semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Khamis.
Fadil semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan lebih 400 individu di ibu negara untuk siasatan kes sindiket penipuan dalam talian pada Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.

“Saya sahkan perkara ini. Tangkapan kes berkenaan ramai dan satu sidang akhbar khas akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya ringkas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Khamis.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan mengenai serbuan polis yang menumpaskan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara di sebuah menara komersial di Bangsar South.

Difahamkan, operasi berkenaan dijalankan ke atas sekurang-kurangnya lima tingkat bangunan yang dipercayai menempatkan pusat panggilan sindiket tersebut.

Kesemua individu ditahan dan dibawa menaiki trak polis secara berperingkat ke balai berhampiran untuk siasatan lanjut.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!