Kes pelajar jatuh asrama: Keluarga minta polis siasat kemungkinan buli

Ahmad Irfan kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital di bawah pemantauan rapi pakar perubatan.
Ahmad Irfan kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital di bawah pemantauan rapi pakar perubatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Keluarga kepada pelajar Tingkatan Tiga yang parah selepas terjatuh dari bangunan asrama di Sabak Bernam pada Selasa merayu pihak polis menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh demi keadilan mangsa.

Bapa saudara mangsa, Muhamad Aidil Mansor, 34, berkata, pihaknya berharap siasatan mengambil kira semua aspek termasuk kemungkinan wujud unsur buli.

“Saya tidak pernah memaklumkan kepada mana-mana media bahawa keluarga menolak kemungkinan berlaku unsur buli yang menyebabkan kecederaan parah anak saudara saya.

“Namun, kami percaya dengan kemampuan polis dan menyerahkan kepada mereka untuk melaksanakan siasatan terbaik.

“Paling penting, biarlah hasil siasatan nanti memberi keadilan buat anak buah saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mangsa, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital di bawah pemantauan rapi pakar perubatan.

Dalam masa sama, Muhamad Aidil turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Ahmad Irfan.

“Ini dugaan kami sekeluarga, harap orang ramai doakan Ahmad Irfan segera sembuh,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!