X

Kindly register in order to view this article
!

Celcom tawar pemberian tambahan khas

Idham Nawawi
A
A

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) terus memberikan sokongannya kepada pelanggan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menerusi tawaran inisiatif bantuan tambahan khas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Idham Nawawi berkata, syarikat itu akan terus komited dalam menyokong rakyat Malaysia dengan memastikan mereka terus terhubung dalam keadaan yang mencabar ini.

" Memandangkan pelanggan kami sedang bekerja dari rumah atau membataskan pergerakan mereka, kami telah bersedia menghadapi permintaan yang meningkat dan penggunaan yang berbeza.

" Pada masa ini, kami juga memberikan sokongan kepada pelanggan dengan inisiatif bantuan tambahan khas," katanya.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif itu, Idham berkata, bermula hari ini sehingga 31 Mac, Celcom menyediakan sokongannya untuk perkhidmatan bantuan akses penggunaan WhatsApp percuma tanpa had (sembang, panggilan suara & video) bagi semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom Xpax (Jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari).

Beliau berkata, selain itu, pelanggan pasca bayar Celcom juga dapat menikmati tempoh bayaran bil yang dipanjangkan selama tujuh hari dari tarikh sebenar yang dijadualkan.

"Antara bantuan lain adalah pelanggan prabayar Celcom Xpax juga dapat menikmati pulangan tunai 10 peratus apabila membeli tambah nilai Xpax Reloads bernilai RM10 ke atas melalui aplikasi Celcom Life (sehingga 30 Jun 2020).

"Terdapat beberapa lagi inisiatif disediakan Celcom bagi membantu pelanggan kami sepanjang tempoh mencabar ini," katanya.

Dalam pada itu, Idham berkata, Celcom bersama pemain industri telekomunikasi lain akan turut menyediakan sambungan percuma ke talian Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Kami juga menjangkakan penggunaan rangkaian akan meningkat dengan ketara dalam tempoh ini.

"Oleh itu, kami memohon pengguna untuk menggunakan rangkaian kami dengan bertanggungjawab bagi aktiviti yang produktif," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!