Thailand bakal lakukan operasi pembenihan awan

Ibu negara Thailand terus diselubungi kabut tebal.
Ibu negara Thailand terus diselubungi kabut tebal.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Thailand dijangka melakukan operasi pembenihan awam dalam usaha menangani masalah pencemaran yang menyelubungi ibu negara sejak beberapa minggu lalu.

Teknik itu melibatkan penggunaan bahan kimia ke udara untuk membantu proses kondensasi awan yang akan menghasilkan hujan.

"Operasi itu bakal dilakukan esok, namun ia bergantung kepada tiupan angin dan kelembapan," kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Pencemaran, Pralong Dumrongthai.

Ibu negara Thailand diselubungi kabut sejak beberapa hari lalu yang dikhuatiri akan mengancam kesihatan orang ramai jika tahap kualiti udara yang tidak sihat itu berterusan.

Prof Madya Ekonomi di Universiti Kasetsart berkata, pencemaran itu kekal di tahap berbahaya untuk tiga hari berturut-turut, kelmarin dan situasi itu dijangka terus kritikal sehingga bulan depan disebabkan pola cuaca.

"Negara ini mungkin akan berdepan kos kesihatan tambahan melainkan langkah segera diambil untuk menangani masalah itu," ujarnya.

Menurut laman pemerhati pencemaran udara berpusat di China, Indeks Kualiti Udara (AQI) di Bangkok telah mencecah 195 iaitu tidak sihat yang mana kawasan seperti Bang Khen berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 394.

Laman itu turut meramalkan Bangkok akan menghadapi kualiti udara berbahaya setiap pagi untuk sepanjang minggu ini kerana cuaca agak berangin.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, ia bukan kabus musim sejuk biasa sebaliknya mengandungi awan debu zarah halus dan bahan pencemar udara lain. - Agensi