Cabutan Ohsem 18.8 tawar ganjaran lebih RM70,000!

Ketua Pemasaran redONE Mobile, Jemay Naim (kiri) bersama pasukan di sebalik kejayaan Cabutan Ohsem 18.8 LIVE.
Ketua Pemasaran redONE Mobile, Jemay Naim (kiri) bersama pasukan di sebalik kejayaan Cabutan Ohsem 18.8 LIVE.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, redONE Mobile meraikan pelanggan setia dengan kempen Ganjaran Overload bernilai RM1 juta.

Kempen yang berlangsung sejak April lalu itu memberi peluang kepada pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik sepanjang tahun ini dengan menebus mata redCOIN melalui aplikasi redONE Prepaid.

Detik paling dinanti, Cabutan Ohsem 18.8 (18.8 Special Draw) yang merupakan cabutan pertama suku tahunan, berjaya menarik perhatian ramai dengan nilai hadiah lebih RM70,000.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran berkata, Cabutan Ohsem 18.8 adalah sebahagian daripada kempen besar Ganjaran Overload RM1 Juta yang sedang dijalankan sepanjang tahun.

“Dengan setiap pembelian pelan Internet 5G ULTRAplus, pelanggan bukan sahaja dapat meningkatkan peluang untuk menang, bahkan menjadikan nilai keseluruhan hadiah lebih tinggi.

“Tidak hanya mendapat capaian rangkaian 5G berkelajuan tinggi, pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah hebat termasuk kereta, motosikal, skuter, gajet terkini dan baucar menarik,” katanya.

Tambah Ameen, pemberian ganjaran luar biasa tersebut menterjemahkan kesungguhan redONE Mobile dalam menghargai sokongan pelanggan setia.

Disiarkan secara langsung menerusi saluran rasmi Instagram dan TikTok redONE Mobile, acara tersebut pada asalnya dijadualkan untuk memilih 32 pemenang sahaja.

Namun, redONE Mobile menambah satu lagi hadiah pada saat akhir sebagai kejutan iaitu sebuah motosikal Yamaha EGO Avantiz bernilai lebih RM6,000 sekali gus menjadikan 33 pemenang secara keseluruhan.

Artikel Berkaitan:

Selain motosikal, pemenang turut membawa pulang iPhone 16 Pro dan jongkong emas Public Gold seberat 1 gram.

Pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus berpeluang menyertai Cabutan Ohsem 18.8 dengan hanya menebus tiket cabutan menggunakan 5,000 redCOIN yang dikumpul melalui aplikasi redONE Prepaid.

Pek permulaan 5G Prepaid ULTRAplus berharga RM8 boleh didapati di semua kedai redONE Mobile dan juga di Shopee (redONE Mobile Official Store).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!