PGA rampas pokok bonsai seludup bernilai RM1.31 juta

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pokok bonsai berjumlah RM1.31 juta yang dipercayai diseludup dari Thailand selepas menahan sebuah lori di kawasan tanggungjawab (KTJ) Pos JP1 Pak Teh Kana, di sini pada Selasa.
Dalam serbuan jam 7.20 malam itu, seorang lelaki berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas lori itu telah menjumpai 2,780 batang pokok bonsai.

"Anggaran nilai rampasan termasuk lori berjumlah RM1.31 juta. Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.
Ujarnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi memastikan tanaman di negara ini bebas dari serangga perosak dan penyakit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

