Goh Choon Lye tidak pernah jadi pemegang saham utama MGB

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – MGB Berhad (MGB) menjelaskan Goh Choon Lye tidak pernah menjadi pemegang saham utama MGB dan tidak pernah memegang sebarang kepentingan tidak langsung seperti yang didakwa dalam artikel yang diterbitkan dalam The Corporate Secret bertarikh 18 Ogos lalu.

MGB dalam satu kenyataan berkata, artikel tersebut mendakwa bahawa Goh Choon Lye memiliki lebih 30 peratus pegangan saham tidak langsung dalam MGB.

“MGB ingin menegaskan bahawa kandungan artikel tersebut adalah tidak tepat dan mengelirukan khususnya berkaitan dengan pegangan saham Goh dalam MGB.

“Goh tidak pernah menjadi pemegang saham utama MGB dan tidak pernah memegang sebarang kepentingan tidak langsung seperti yang didakwa dalam artikel berkenaan, berdasarkan rekod syarikat serta pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia Securities Berhad sejak LBS Bina Group Berhad mengambil alih MGB sebagai anak syarikat tersenarainya pada tahun 2016,”katanya, hari ini.

Menurutnya, MGB kekal komited untuk memastikan penyebaran maklumat kepada orang ramai dilakukan dengan betul dan tepat pada masanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!