Peserta Himpunan RXZ maut dalam perjalanan pulang ke Johor

Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di KM342.9 LPT2 berhampiran R&R Paka, Dungun. (Gambar kecil: Muhammad Irfan Izzuddin)
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di KM342.9 LPT2 berhampiran R&R Paka, Dungun. (Gambar kecil: Muhammad Irfan Izzuddin)
A
A
A

DUNGUN – Hasrat seorang pekerja kedai makan untuk pulang ke Segamat, Johor selepas menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 di Kuala Nerus tidak kesampaian apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 342.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka.

Mangsa, Muhammad Irfan Izzuddin Md Ahzli, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1.22 tengah hari ketika mangsa berkonvoi bersama beberapa rakannya untuk pulang ke Johor.

Mangsa yang terjatuh di atas jalan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang terjatuh di atas jalan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha LC yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terseret ke lorong kanan lebuh raya.

Mangsa yang terjatuh di atas jalan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!