MBSA, imigresen gempur premis halang laluan awam di Kota Kemuning

Operasi menumpukan pemeriksaan terhadap premis perniagaan serta tindakan penguatkuasaan berhubung halangan awam.
Operasi menumpukan pemeriksaan terhadap premis perniagaan serta tindakan penguatkuasaan berhubung halangan awam.
A
A
A

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor melaksanakan operasi bersepadu di Jalan Anggerik Vanilla W31/W, Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini pada Jumaat.

Operasi yang diketuai Pengurus Cawangan Kota Kemuning, Md Zawawi Md Isa itu menumpukan pemeriksaan terhadap premis perniagaan serta tindakan penguatkuasaan berhubung halangan awam.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk meletakkan peralatan perniagaan seperti kerusi, meja, khemah, gerai, tong gas dan dapur gas di kawasan awam serta laluan pejalan kaki.

Seramai 70 anggota terbabit dalam operasi itu, melibatkan penyertaan jabatan dalaman MBSA iaitu Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Perancangan, Jabatan Bangunan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa, Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam serta Pejabat Cawangan Kota Kemuning.

Seramai 70 anggota terbabit dalam operasi termasuk penyertaan anggota jabatan dalaman MBSA.
Seramai 70 anggota terbabit dalam operasi termasuk penyertaan anggota jabatan dalaman MBSA.

Turut serta ialah anggota JIM Selangor yang diketuai Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Selangor (Kawalan), Mohmad Khusairi Kamarudin.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa, Haslina Ab Aziz serta Penolong Pengurus Cawangan Kota Kemuning, Harris Osman.

MBSA dalam kenyataan pada Sabtu berkata, operasi itu selaras dengan komitmen pihak berkuasa tempatan memastikan kawasan perbandaran Shah Alam sentiasa teratur, selamat dan kondusif untuk masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!