Lengan budak dua tahun putus tersepit eskalator

Budak lelaki berusia dua tahun terputus lengan apabila tangannya tersepit di eskalator di sebuah pusat beli-belah di Chelyabinsk, Rusia. - Agensi
Budak lelaki berusia dua tahun terputus lengan apabila tangannya tersepit di eskalator di sebuah pusat beli-belah di Chelyabinsk, Rusia. - Agensi
A
A
A

CHELYABINSK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun putus sebahagian lengan selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Chelyabinsk, Rusia pada Ahad lalu.

Insiden berlaku apabila tangan mangsa termasuk ke celah anak tangga bergerak sebelum tersepit pada bahagian mesin.

Saksi mendakwa keadaan menjadi panik apabila si ibu menjerit manakala orang ramai cuba membantu menyelamatkan kanak-kanak itu.

Seorang individu bertindak pantas dengan mengikat lengan mangsa menggunakan teknik tourniquet atau ikatan yang digunakan untuk menghentikan aliran darah sementara menunggu paramedik tiba.

Kanak-kanak itu kekal sedar sebelum dibawa ke hospital bersama bahagian tangannya yang disimpan dalam ais, namun doktor gagal menyelamatkan anggota tersebut.

Kejadian berlaku ketika ibu mangsa dilaporkan hilang seketika pengawasan terhadap anaknya ketika menaiki eskalator bersama dua orang anaknya yang lain.

Pihak berkuasa Rusia kini menjalankan siasatan sama ada berlaku kerosakan eskalator atau kegagalan penyelenggaraan yang menyebabkan tragedi ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!