Kualiti udara tidak sihat ancam Bangkok

Jarak penglihatan terhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok.
Jarak penglihatan terhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Ibu negara Thailand diselubungi kabut sejak beberapa hari lalu yang dikhuatiri akan mengancam kesihatan orang ramai jika tahap kualiti udara yang tidak sihat itu berterusan.

Prof Madya Ekonomi di Universiti Kasetsart berkata, pencemaran itu kekal di tahap berbahaya untuk tiga hari berturut-turut, semalam dan situasi itu dijangka terus kritikal sehingga bulan depan disebabkan pola cuaca.

"Negara ini mungkin akan berdepan kos kesihatan tambahan melainkan langkah segera diambil untuk menangani masalah itu," ujarnya.

Menurut laman pemerhati pencemaran udara berpusat di China, Indeks Kualiti Udara (AQI) di Bangkok telah mencecah 195 iaitu tidak sihat yang mana kawasan seperti Bang Khen berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 394.

Laman itu turut meramalkan Bangkok akan menghadapi kualiti udara berbahaya setiap pagi untuk sepanjang minggu ini kerana cuaca agak berangin.

Difahamkan, ia bukan kabus musim sejuk biasa sebaliknya mengandungi awan debu zarah halus dan bahan pencemar udara lain. - Agensi

Artikel Berkaitan: