Rumah Merdeka

A
A
A

Pewaris Rumah Merdeka Muhammad Syafizie osman, 28, (kiri) dibantu rakannya Shahrul Nizam Abu, 23, giat menyiapkan kerja-kerja mengecat semula Jalur Gemilang pada bumbung di Kampung Morten. 

Beliau yang juga pemandu bot pelancong River Cruise itu berkata, proses mengecat semula itu mengambil masa kira-kira tiga hari sekiranya kerja-kerja itu dilakukan dalam cuaca yang baik. 

Proses mengecat semula Jalur Gemilang ni biasanya akan dilakukan setiap dua tahun sekali dan kerja-kerja pembersihan dan cucian pada bumbung Jalur Gemilang ini akan dilakukan pada setiap tiga bulan sekali, katanya. 

Kebiasaanya proses mengecat semula ini dilakukan apabila tibanya sambutan Hari Kebangsaan kerana ianya untuk menambah lagi seri Rumah Merdaka serta memeriahkan lagi suasana di sekitar Kampung Morten sempena sambutan Hari Kebangsaan. 

Walaupun tugas ini agak sukar dan bahaya tetapi demi meneruskan legasi Rumah Merdeka dan semangat Kemerdekaan, saya tetap akan lalukan dengan jayanya biarpun berpanas dan berisiko, tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!