'Saya dengar letupan tiga kali sebelum api marak' - Penduduk

Tangkap layar video tular berkaitan insiden pesawat pejuang TUDM terhempas di Pangkalan Udara Kuantan pada Khamis.
Tangkap layar video tular berkaitan insiden pesawat pejuang TUDM terhempas di Pangkalan Udara Kuantan pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Awalnya hanya menyangka bunyi dari latihan pesawat namun letupan kuat disusuli gumpalan api menjulang ke udara rupanya nahas jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan, di sini.

Seorang penduduk Kampung Pandan 1, Nurul Amira Jaafar,33 berkata, sebelum kejadian dia ada mendengar bunyi pesawat seperti sedang berlepas.

Katanya, suasana dan bunyi seperti itu sudah biasa kerana rumahnya terletak tidak jauh dari lapangan terbang.

"Saya ada terdengar bunyi letupan tiga kali sebelum letupan besar dengan api marak.

"Saya keluar rumah untuk melihat perkara terjadi dan ketika itu jiran beritahu ada pesawat terhempas," katanya.

Nurul Amira berkata, kebiasaan bila menjelang sambutan kemerdekaan memang sering kedengaran bunyi jet berlepas dan mendarat.

"Tidak sangka, malam ini berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan media mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet terbabit dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan pada Khamis.

Kejadian berlaku di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah jam 9:05 malam.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan dua juruterbang pesawat pejuang itu terselamat dan sedang menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!