Insiden jet pejuang TUDM: Juruterbang, pembantu juruterbang dilaporkan selamat

KUANTAN - Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan insiden kemalangan pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan membabitkan seorang juruterbang serta pembantu juruterbang yang dilaporkan selamat.
Beliau berkata, insiden itu berlaku ketika pesawat berkenaan hendak berlepas dari landasan.
“Polis sahkan kejadian berkenaan dan juruterbang serta pembantu juruterbang telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam pada itu, rakaman video dikongsi orang awam di media sosial menunjukkan enjin pesawat terbabit mengalami kebakaran ketika berlepas.
Untuk rekod, TUDM memiliki lapan pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) dua enjin F/A-18D Hornet yang dibeli daripada McDonnell Douglas (kini Boeing) dan diterima pada 1997. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
