Insiden mengamuk di Kajang: Amaran terhadap keselamatan awam

Insiden seorang wanita warga asing yang mengamuk sambil memegang pisau sehingga mencederakan tujuh mangsa di Kajang menimbulkan persoalan besar mengenai tahap keselamatan awam di negara ini.
Insiden seorang wanita warga asing yang mengamuk sambil memegang pisau sehingga mencederakan tujuh mangsa di Kajang menimbulkan persoalan besar mengenai tahap keselamatan awam di negara ini.
A
A
A

INSIDEN seorang wanita warga asing yang mengamuk sambil memegang pisau sehingga mencederakan tujuh mangsa di Kajang menimbulkan persoalan besar mengenai tahap keselamatan awam di negara ini.

Kejadian yang berpunca selepas kemalangan jalan raya itu menunjukkan betapa cepatnya situasi boleh bertukar menjadi tragedi apabila wujud elemen keganasan bersenjata di ruang awam.

Walaupun pihak polis berjaya menahan suspek dengan pantas, hakikat bahawa ramai orang awam menjadi mangsa sebelum tindakan diambil menunjukkan perlunya mekanisme pencegahan yang lebih menyeluruh.

Beberapa langkah boleh dipertimbangkan oleh kerajaan termasuk dari aspek kawalan kesihatan mental.

Memandangkan kes ini membabitkan seorang penuntut universiti, ia memberi isyarat bahawa pengesanan awal isu kesihatan mental, terutama dalam kalangan pelajar antarabangsa, perlu dipertingkatkan.

Institusi pendidikan tinggi boleh diwajibkan menjalankan saringan kesihatan mental berkala serta menyediakan sokongan kaunseling berkesan.

Selain itu, kerajaan bersama pihak berkuasa tempatan perlu memperkukuh keberadaan pegawai penguat kuasa di lokasi tumpuan orang ramai supaya tindakan segera dapat diambil jika berlaku ancaman.

Orang awam turut perlu dididik mengenai cara bertindak dalam keadaan kecemasan melibatkan serangan bersenjata termasuk melaporkan segera, mendapatkan perlindungan selamat dan tidak bertindak sendirian sehingga membahayakan diri.

Pengurusan pelajar antarabangsa dan pekerja asing juga harus ditambah baik dengan kerjasama antara institusi pendidikan, kedutaan serta pihak berkuasa bagi memastikan mereka mendapat sokongan sewajarnya. Ia sekaligus mengurangkan risiko tercetusnya insiden luar jangka.

Artikel Berkaitan:

Kes tersebut bukan sekadar isu undang-undang tetapi juga amaran bahawa aspek kesihatan mental, kawalan keselamatan dan kesedaran masyarakat perlu digabungkan bagi melindungi orang awam.

Langkah pencegahan yang proaktif lebih penting berbanding hanya bertindak selepas tragedi berlaku.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!