Sunway Malls dibuka sebahagian mudahkan orang ramai

Sunway Malls. Foto Sumber Internet
Sunway Malls. Foto Sumber Internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sunway Malls akan dibuka sebahagian untuk orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan keperluan harian mereka bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hujung bulan ini.

Pengendali gedung membeli belah itu berkata, ini termasuk bekalan dan perkhidmatan penting daripada pasar raya, farmasi, kedai serbaneka, klinik, ATM, optik, perkhidmatan telekomunikasi dan makanan dan minuman (hanya untuk dibungkus atau penghantaran sahaja).

Sunway Malls secara kolektif menawarkan tujuh pasar raya, 23 farmasi dan penjagaan kesihatan, 19 kedai serbaneka, 23 pusat servis dan 107 gerai makanan dan minuman, kesemuanya beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Gedung membeli belahnya ialah Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Sunway Carnival, Sunway Putra, Sunway Big Box Retail Park, Sunway Giza dan Hab Sunway Citrine di Kuala Lumpur, Sunway City Kuala Lumpur, Pulau Penang dan Sunway Iskandar.

Ia berkata tempoh dua minggu bagi Perintah Kawalan Pergerakan tersebut bertujuan mengawal virus itu daripada terus merebak dan prospek jangka panjang ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan.

“Sunway Malls menantikan keadaan akan pulih dan kembali sediakala dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks, HC Chan berkata, buat masa ini, setiap individu mempunyai peranan masing-masing sama ada untuk peribadi atau perniagaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: