Pendakwaan lelaki Vietnam curi makanan laut, cuba melarikan bayi ditangguh

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth untuk didakwa namun terpaksa ditangguhkan kerana tiada jurubahasa Vietnam.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth untuk didakwa namun terpaksa ditangguhkan kerana tiada jurubahasa Vietnam.
A
A
A

BUTTERWORTH – Prosiding pendakwaan terhadap seorang lelaki warga Vietnam yang tular kerana cuba melarikan bayi berusia 11 bulan sambil memegang pisau selepas mencuri makanan laut di sebuah pasar raya di Jalan Telaga Air, di sini terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan itu dibuat selepas Mahkamah Majistret Butterworth di sini selepas tertuduh, Nguyen Minh Hoa, 36, tidak memahami bahasa Melayu selain tiada jurubahasa Vietnam hadir untuk menterjemahkan lima pertuduhan terhadapnya.

Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal kemudiannya menetapkan prosiding pendakwaan itu disambung pada 9 September depan bagi membolehkan jurubahasa hadir dan pertuduhan dibacakan.

Tertuduh berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, manakala dua lagi pertuduhan masing-masing mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Media sebelum ini melaporkan suspek bertindak agresif apabila cuba melarikan diri selepas mencuri makanan laut sebelum menarik bayi daripada pelukan kakaknya sambil memegang sebilah pisau.

Dalam kejadian pada jam 12.45 tengah hari, 9 Ogos lalu, suspek dikatakan bertindak sedemikian ketika berusaha mengelak daripada ditahan penyelia pasar raya dan pihak keselamatan.

Susulan daripada itu, suspek berusia 36 tahun itu direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Suspek mempunyai tiga orang anak dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!