Dakwaan Israel pertahan diri satu pembohongan besar - Tun M

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan bahawa Israel mempunyai hak mempertahankan diri adalah satu pembohongan besar yang menafikan hak keselamatan rakyat Palestin.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya Israel mempunyai hak keselamatan, hak yang sama juga sepatutnya dimiliki oleh rakyat Palestin di Gaza.

“Anda mungkin bertanya, apakah bentuk ketidakselamatan rakyat Palestin? Terlalu banyak serangan yang dilakukan terhadap mereka.

"Tanah Palestin telah dirampas untuk mewujudkan negara Israel tanpa sebarang plebisit atau referendum bagi mendapatkan persetujuan rakyat Palestin.

“Selepas itu, rakyat Palestin diusir keluar dari tanah mereka tanpa sebarang pampasan dan tidak dibenarkan kembali,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Tambah beliau, Israel kemudian membina penempatan di tanah Palestin, merampas Baitulmaqdis, malah tenteranya memasuki Masjid Al-Aqsa dan membunuh jemaah yang sedang menunaikan solat.

Dr Mahathir berkata, ribuan rakyat Palestin ditahan tanpa perbicaraan bagi tempoh yang tidak ditentukan sehingga ramai meninggal dunia dalam tahanan, menyebabkan keluarga mereka menderita kerana tidak mengetahui nasib yang menimpa ahli keluarga.

Beliau turut menegaskan bahawa pembunuhan terhadap rakyat Palestin masih berterusan, melibatkan puluhan ribu nyawa termasuk kanak-kanak dan bayi.

“Jelas sekali rakyat Palestin tidak mempunyai keselamatan. Maka mereka mengambil langkah menangkap warga Israel untuk dijadikan tebusan dengan harapan dapat ditukar dengan tahanan Palestin.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi tindak balas Israel adalah dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai, mengorbankan lebih 60,000 rakyat Palestin termasuk wanita, kanak-kanak, bayi, orang tua, orang sakit dan pesakit di hospital.

“Selepas itu, gencatan senjata dicapai dengan syarat tebusan Israel dibebaskan, manakala ratusan tahanan Palestin yang dipenjara bertahun-tahun tanpa perbicaraan turut dilepaskan,” katanya.

Beliau berkata, Israel kononnya mempertahankan keselamatan dirinya tetapi hakikatnya mereka menafikan keselamatan rakyat Palestin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!