MGB catat keuntungan bersih RM24.0 juta bagi Separuh Pertama 2025

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, MGB bertekad untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, MGB bertekad untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM – MGB Berhad yang merupakan penyedia penyelesaian pembinaan , pembangunan hartanah dan pengeluar produk konkrit pratuang serta anak syarikat bawah LBS Bina Group Berhad, hari ini mengumumkan keputusan suku kedua bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

MGB Berhad mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM17.1 juta dan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM12.0 juta untuk suku tahun berkenaan , didorong oleh hasil berjumlah RM216.4 juta.

Segmen pembinaan dan perdagangan merekodkan hasil sebanyak RM118.6 juta, iaitu 54.8 peratus daripada jumlah keseluruhan, kekal stabil berbanding tahun lalu. Segmen pembangunan hartanah pula menyumbang baki 45.2 peratus dengan hasil berjumlah RM97.8 juta.

Bagi separuh pertama 2025, MGB merekodkan jumlah hasil terkumpul sebanyak RM444.1 juta, dengan PBT berjumlah RM34.1 juta dan PAT sebanyak RM24.0 juta.

Setakat 30 Jun 2025, MGB berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh dengan tunai dan baki bank sebanyak RM59.0 juta serta nisbah hutang bersih yang rendah iaitu 0.1 kali.

Ini mencerminkan asas kewangan yang stabil dan pengurusan modal yang berhemat, membolehkan syarikat kekal fleksibel dalam operasi serta berupaya melaksanakan pelaburan strategik, sambil mengekalkan kestabilan kewangan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, MGB bertekad untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia, khususnya melalui rumah Idaman kami yang menjadi penanda aras baharu bagi rumahan mampu milik di Selangor.

“Baru-baru ini, kami meraikan majlis ‘topping out’ bagi Idaman Sari di Puchong, iaitu projek Rumah Idaman kami yang keempat mencapai peringkat ini, sekaligus membuktikan fokus kami terhadap kualiti dan penyerahan mengikut jadual,” katanya.

Hock San turut menekankan bahawa syarikat akan mempelbagaikan jenis projek dan mengembangkan operasi ke pasaran berpotensi tinggi, sama ada di dalam atau luar negara. MGB juga sedang meningkatkan keupayaan untuk mendapatkan lebih banyak kontrak luar, mencari peluang pendapatan berterusan, serta penjimatan kos melalui pengurusan rantaian bekalan yang lebih berkesan.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, MGB juga berbangga memenangi kontrak bernilai RM186 juta daripada CI Medini Sdn Bhd, sebuah syarikat bersekutu Kumpulan Creed dari Jepun, bagi pembinaan pangsapuri servis di Medini, Iskandar Puteri.

“Kontrak baru berkenaan turut mengukuhkan lagi hala tuju pertumbuhan dan membuktikan keupayaan kami untuk menunaikan setiap komitmen yang telah dibuat, di samping memperkukuh kedudukan kami di pasaran utama yang berpotensi tinggi.

“Dengan krotrak baru ini, nilai buku pesanan pembinaan kami kini mencecah RM1.21 bilion.

“Menuju baki tahun 2025, kami berhasrat untuk mengekalkan momentum semasa, disokong oleh jualan hartanah belum dibil sebanyak kira-kira RM452 juta (setakat 31 Julai 2025), sambil terus berwaspada terhadap ketidaktentuan dalam landskap pasaran yang lebih luas,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!