Advokasi, penguatkuasaan jalan raya JPJ berteraskan Maqasid Syariah

Aedy Fadly
Aedy Fadly
A
A
A

PUTRAJAYA  - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkukuh program advokasi dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya berlandaskan prinsip Maqasid Syariah bagi menjaga nyawa serta keselamatan pengguna.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, usaha itu selaras dengan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX).

“Amanat Perdana Menteri sebelum ini menekankan kepentingan setiap dasar kerajaan memberi manfaat kepada rakyat.

“Antara tindakan yang dilaksanakan ialah mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang dan pemandu bas bermula 1 Julai lalu, selari dengan prinsip memelihara nyawa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, pelbagai operasi khas turut dilaksanakan JPJ dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan.

“Operasi khas dijalankan antaranya Ops Khas Motosikal, Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Ops Khas Kenderaan Perdagangan.

“Pada masa sama, tindakan tegas seperti penahanan, kompaun dan sitaan kenderaan akan diteruskan bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, JPJ akan terus mengintegrasikan pendekatan Maqasid Syariah dalam semua program advokasi, operasi khas dan kempen berkaitan demi kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri menerusi ucapan dalam MAPPA XX pada Jumaat menekankan kepentingan dasar dan tindakan kerajaan yang harus memberi manfaat kepada rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!