Zon bebas cukai Rantau Panjang lengang

Premis- premis di Pekan Rantau Panjang ditutup bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini.
Premis- premis di Pekan Rantau Panjang ditutup bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini.
A
A
A

RANTAU PANJANG - [DIKEMASKINI] Pekan Rantau Panjang yang terkenal sebagai pusat membeli-belah terkemuka di negeri ini lengang apabila semua urusan jual beli ditangguhkan sementara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Tinjauan Sinar Harian di pekan itu hari ini mendapati semua premis perniagaan di kawasan tersebut ditutup selaras dengan larangan tersebut.

Penutupan itu menunjukkan para peniaga di kawasan tersebut mematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Pekan Rantau Panjang lengang.
Pekan Rantau Panjang lengang.

Bagaimanapun, hanya kedai runcit dan gerai jualan makanan sahaja yang masih beroperasi sebagaimana peraturan ditetapkan oleh kerajaan.

Seorang penduduk, Ismail Che Min, 53, berkata, dia menyambut baik langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam membendung penularan Covid-19.

"Sebagai rakyat, kita perlu mematuhi segala perintah dan arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"Berilah kerjasama sebaik mungkin kepada kerajaan dalam mengurangkan penularan wabak ini dengan duduk di rumah sepanjang tempoh larangan," katanya.

Artikel Berkaitan: