KAFA tidak campur tangan urusan jual beli Kelantan FC

KAFA tidak lagi tidak campur tangan dalam sebarang urusan Kelantan FC, selepas menjual 100 peratus saham kepada Norizam. - FOTO FACEBOOK KELANTAN FC
KAFA tidak lagi tidak campur tangan dalam sebarang urusan Kelantan FC, selepas menjual 100 peratus saham kepada Norizam. - FOTO FACEBOOK KELANTAN FC
A
A
A

PERSATUN Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta pihak yang menghubungi mereka dan menyatakan minat untuk memiliki Kelantan FC, supaya berurusan terus dengan pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, mereka tidak lagi tidak campur tangan dalam sebarang urusan Kelantan FC, selepas menjual 100 peratus saham kepada Norizam.

"Kita sudah menjual 100 peratus saham kepada Norizam, jadi kita tidak campur tangan urusan jual beli. KAFA simpati dengan permasalahan yang menimpa Kelantan FC ketika ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan, usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, kembali berminat mengambil alih Kelantan FC.

Sementara itu, Husin meminta mana-mana individu atau pihak tidak hanya mengambil kesempatan dan mencari publisiti untuk menaikkan nama serta perniagaan masing-masing ke atas masalah yang dihadapi Kelantan FC.

Beliau berkata, KAFA sebelum ini mempunyai pengalaman apabila ada individu hanya bercakap kosong tidak terus berurusan dengan berbincang, selain mengingatkan supaya tidak mengambil kesempatan kepada peminat dan penyokong terhadap situasi dalam kancah bola sepak Kelantan ketika ini. - Bernama