Halal jadi teras operasi Ai-CHA

CAWANGAN pertama Ai-CHA di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur berjaya menerima pengiktirafan halal Jakim baru-baru ini. -Foto: FACEBOOK AI-CHA
CAWANGAN pertama Ai-CHA di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur berjaya menerima pengiktirafan halal Jakim baru-baru ini. -Foto: FACEBOOK AI-CHA
A
A
A

PENSIJILAN halal bukan sekadar memenuhi syarat, tetapi merupakan langkah penting untuk mengukuhkan sesebuah jenama supaya ia boleh dinikmati semua tanpa keraguan.

Prinsip itu menjadi pegangan jenama aiskrim dan teh terkemuka dari Indonesia, Ai-CHA yang baru-baru ini menjadi jenama pertama dari negara tersebut yang memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di negara ini.

Cawangan pertama Ai-CHA di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur berjaya menerima pengiktirafan halal berkenaan baru-baru ini. Jenama itu sebelum ini telah disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia.

Timbalan Pengurus Besar Ai-CHA Global, Danny Tahardi berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya lima lagi cawangan memperoleh pensijilan berkenaan menjelang hujung tahun ini.

JASON Chung (tengah) dan Pengurus Jenama Ai-CHA, Chloe Pek (kanan) semasa meraikan pensijilan halal rasmi Ai-CHA daripada Jakim bagi cawangan pertamanya di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Walaupun giat mengembangkan rangkaian kami di Malaysia termasuk mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dengan pembukaan 300 cawangan dalam tempoh 12 bulan, pensijilan halal sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Semua bahan yang digunakan adalah daripada sumber halal dan proses pensijilan itu menjadi teras operasi kami agar setiap pelanggan yakin bahawa apa yang dinikmati di Ai-CHA adalah halal,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Ai-CHA Malaysia, Jason Chung menjelaskan, halal merupakan teras kepada segala usaha syarikat.

Artikel Berkaitan:

“Ia bukan sahaja penting untuk pelangan, tetapi turut memberi keyakinan kepada rakan francaisi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!