X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Perkhidmatan feri ke Langkawi dikurangkan

Konsortium Feri Line Venture mengurangkan jumlah trip feri untuk laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Perlis-Langkawi bagi mencegah penularan Covid-19.
A
A

ALOR SETAR - Jumlah perkhidmatan feri untuk laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Perlis-Langkawi dikurangkan daripada 10 trip kepada dua trip sahaja bermula dari 20 hingga 31 Mac 2020 atau pada tarikh yang akan diumum kelak bagi mencegah penularan koronavirus (Covid-19).

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Feri Line Ventures, Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya membuat perubahan jadual perjalanan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Beliau berkata, pihak Konsortium akur dengan arahan kerajaan menguatkuasakan perintah tersebut mengekang penularan Covid-19.

"Waktu perjalanan di semua sektor turut diselaraskan hanya pada jam 11 pagi dan 4 petang sahaja," katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, penumpang yang telah membuat tempahan atas talian ataupun pembelian awal di kaunter boleh membuat tuntutan bayaran balik harga tiket sebelum tarikh pergerakan feri.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!