Inkues, siasatan buli kes Zara Qairina berjalan serentak - Pengarah JSJ

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua bentuk siasatan berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, iaitu inkues bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan jenayah menjurus kepada perbuatan buli.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kedua-dua siasatan itu akan dilakukan secara serentak dan menyeluruh mengikut prosedur undang-undang.
"Proses inkues akan memberi tumpuan kepada semua bukti dan maklumat berkaitan bagi menentukan punca kematian," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.
M Kumar berkata, pihak telah mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil dan segala maklumat akan dikemukakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Siasatan jenayah pula akan memfokuskan kepada aspek perbuatan buli,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
