Stor arak seludup digempur

Pelbagai tin minimum keras tidak bercukai yang dirampas.
Pelbagai tin minimum keras tidak bercukai yang dirampas.
A
A
A

SHAH ALAM – Kegiatan penyimpanan minuman keras tidak bercukai di sebuah premis di sini yang dijadikan stor dibongkar susulan tangkapan tiga lelaki oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman dalam Op Taring Alpha 2 pada Selasa.

PGA Bukit Aman dalam kenyataan berkata, dua warga tempatan dan seorang warga Myanmar berusia 29 hingga 63 tahun ditahan dalam serbuan itu.

"Polis turut merampas sebuah lori Hino 10 tan, empat telefon bimbit, peralatan keselamatan premis serta 57,816 tin arak pelbagai jenama dengan anggaran nilai rampasan mencecah RM1.23 juta," katanya.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan bersama Risik Briged Tengah PGA dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"MBSA turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 terhadap premis terbabit kerana melanggar Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Undang-Undang Kecil 1974.

"PGA menegaskan akan membanteras sindiket pengedaran dan penjualan arak tidak bercukai ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!