Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf bakal kongsi inspirasi di pentas Mi-CAB 2025

Muhammad Nasir
Muhammad Nasir
A
A
A

PUTRAJAYA – Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah bakal tampil sebagai salah seorang penceramah utama pada Persidangan Antarabangsa Perakaunan & Perniagaan (Mi-CAB 2025) yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 23 Ogos ini.

Persidangan anjuran MAHSA University itu bertemakaan “Aliran Terkini dalam Transformasi Digital & Inovasi untuk Kelangsungan Perniagaan” menghimpunkan barisan tokoh ternama dari dalam dan luar negara.

Selain Muhammad Nasir, penceramah lain termasuk Pengerusi Institut Antarabangsa Kajian Islam Lanjutan (IAIS), Profesor Dr Mazlee Malik; Felo Institut Berkanun Logistik dan Pengangkutan, Dr Jessica Ong Hai Liaw; dan Ketua Penyelidikan Rushford Business School, Switzerland, Dr Anuj Kumar.

Mi-CAB 2025 akan berlangsung secara hibrid dan membincangkan pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, e-dagang, pemasaran, pengurusan sumber manusia, pelancongan serta ekonomi Islam.

Penganjur turut membuka peluang penerbitan kertas penyelidikan dalam jurnal berindeks MYCITE dan SCOPUS. Tarikh akhir penghantaran abstrak ialah 31 Julai 2025,manakala tarikh akhir pendaftaran 20 Ogos 2025.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi MAHSA University atau melalui e-mel mi-cab@mahsa.edu.my.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!