Klinik beroperasi lebih masa elak kesesakan di hospital

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Tempoh operasi di 10 klinik kesihatan di Kuantan dan Temerloh akan dilanjutkan bagi mengelakkan kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ia berikutan kedua-dua hospital berkenaan menerima banyak berkaitan simptom kes Covid-19 sehingga berlaku kesesakan di bahagian kecemasan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melalui kenyataannya memaklumkan klinik terlibat di Kuantan ialah ialah Klinik Kesihatan Bandar Kuantan, Klinik Kesihatan Paya Besar dan Klinik Kesihatan Jaya Gading yang akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Selain itu, Klinik Komuniti Air Putih, Klinik Komuniti Bukit Setongkol, Klinik Komuniri Inderapura, Klinik Komuniti Kempadang dan Klinik Komuniti Kampung Padang juga dilanjutkan tempoh operasinya dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Di Temerloh, klinik terlibat ialah Klinik Kesihatan Bandar Mentakab (8 pagi hingga 10 malam) dan Klinik Komuniti Setia Jasa (9 pagi hingga 9 malam).

Kesemua klinik terbabit akan beroperasi lebih masa setiap hari termasuk hari kelepasan am berkuatkuasa sehingga isu penularan Covid-19 kembali reda.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melalui kenyataanitu menggesa orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan bagi kes ringan boleh ke klinik kesihatan atau klinik komuniti yang disebutkan.

Artikel Berkaitan: