Kayuhan Merdeka

No Image Caption
A
A
A

Gabungan berbasikal santai sambil mengenakan pakaian tradisional mencipta kelainan tersendiri dalam program ‘Sepeda dan Kopi’ 2.0 Kayuh Desa Perlis, yang diadakan di Balbuk Haus, Kampung Balik Bukit, Chuping.

Program unik yang turut diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ini bukan sahaja menghidupkan suasana desa, malah berpotensi menjadi tarikan istimewa dalam usaha merancakkan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2025-2026.

Bermula pukul 7 pagi, 50 peserta daripada pelbagai peringkat umur mengayuh basikal sejauh 7 kilometer mengelilingi perkampungan di Kampung Balik Bukit, Chuping. Sepanjang kayuhan, Jalur Gemilang berkibar megah di tangan para peserta, sambil mereka disajikan dengan pemandangan indah sawah menghijau dan hembusan bayu pagi yang nyaman.

Menariknya, acara ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan, malah turut menarik penyertaan peserta dari luar negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Lebih daripada sekadar riadah, program kayuhan ini menjadi platform untuk menyemai rasa cinta terhadap alam sekitar, mengeratkan hubungan komuniti, memupuk semangat patriotik, dan menggalakkan gaya hidup sihat serta cergas dalam kalangan masyarakat. Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!