Kubur Zara Qairina digali semula petang ini

Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur dibuat tengah hari di IPD Papar.
Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur dibuat tengah hari di IPD Papar.
A
A
A

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur dibuat tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Perkara itu disahkan peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Lamat, 45, iaitu ibu kepada Zara Qairina.

“Permohonan perintah menggali kubur Zara akan didengar sekitar jam 1 tengah hari ini.

“Penggalian kubur akan dilakukan petang ini setelah perintah diperoleh,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau dalam pada itu berharap proses tersebut berjalan dengan baik dan dipermudahkan Allah SWT.

“Doakan perjalanan semua perkara dimudahkan Allah SWT,” katanya.

Difahamkan, Zara Qairina sebelum ini dikebumikan di tanah perkuburan di daerah kelahirannya di Sipitang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!