Perang biologi dan teori konspirasi Covid-19

No Image Caption
A
A
A

PENGASAS Microsoft, Bill Gates pernah memberi amaran mengenai betapa mudahnya virus dicipta secara genetik sehingga mampu membunuh lebih ramai manusia berbanding senjata nuklear.

Namun begitu, kata beliau seperti dipetik Washington Post pada 2017: “Tiada satu pun negara di dunia bersedia menghadapinya.”

Penularan Covid-19 juga tidak terlepas daripada dikaitkan dengan perang biologi dan teori konspirasi.

Misalnya, seorang pegawai tinggi tentera Iran mendakwa Covid-19 mungkin merupakan senjata biologi Amerika Syarikat (AS) yang mahu memusnahkan negaranya.

Sesetengah pihak di AS pula menuduh China cuba melindungi punca sebenar penularan wabak Covid-19 yang berasal dari sebuah makmal di Wuhan dan bukannya bermula di sebuah pasar di bandar itu.

Koronavirus yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Wuhan Flu’, pernah diramal kemunculannya oleh Dean Koontz dalam novel terbitan 1981, The Eyes of Darkness. Virus itu kononnya merupakan ciptaan saintis China untuk dijadikan senjata biologi.

Dalam novelnya, Koontz menceritakan virus itu diberi nama ‘Wuhan-400’ kerana dihasilkan di sebuah makmal di bandar Wuhan. Perkara itu dibocorkan oleh seorang saintis China yang melarikan diri ke AS.

Menurut The Eyes of Darkness, virus Wuhan-400 hanya berinkubasi di dalam tubuh manusia selama empat jam sebelum mangsa mati. Ini berbeza sekali dengan fakta bahawa Covid-19 berinkubasi sehingga 14 hari manakala pesakit tidak mati serta-merta seperti yang digambarkan dalam novel fiksyen berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Bagi Merak Jalanan, Covid-19 kini sedang menjadi wabak yang paling ditakuti di seluruh dunia. Usaha untuk menghapuskan wabak itu lebih penting daripada merungkai teori konspirasi Covid-19 yang tiada kesudahan.