ZPP tutup operasi, tawar perkhidmatan atas talian

Amran Hazali
Amran Hazali
A
A
A

GEORGETOWN- Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengambil langkah pencegahan proaktif dengan menutup semua operasi zakat dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali berkata, semua operasi ZPP ditutup bermula 18 hingga 31 Mac ini bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Bagaimanapun katanya, sebarang urusan berkaitan masih boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan atas talian ZPP menerusi pembayaran perbankan internet atau JomPay.

"Usaha ini diambil memandangkan ZPP memandang serius penularan wabak Covid-19 dan turut mengambil langkah proaktif demi memastikan kesihatan pelanggan dan warga kerja terjaga.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melindungi diri dan orang lain dari Covid-19," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi pejabat ZPP talian 04-5498088 dan hotline 1300-88-8808 atau WhatsApp ke nombor 011-11484573.

Artikel Berkaitan: