Covid-19: Sidang DUN Selangor ditangguh

Ng Suee Lim
Ng Suee Lim
A
A
A
SHAH ALAM - Sesi Dewan Undangan Negeri Selangor ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan ditetapkan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim berkata, penangguhan itu dilakukan berkaitan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Memandangkan Perdana Menteri telah mengumumkan semalam mengenai langkah kawalan khas berkaitan Covid-19, dan pada masa sama usul dibawa Menteri Besar mengenai penangguhan dewan, dewan mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara sesi sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

"Usul pengangguhan berkenaan yang dibawa oleh Menteri Besar Selangor telah dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Artikel Berkaitan:


Katanya, biarpun bersidang hanya dua hari, semua urusan kerajaan berjaya diselesaikan termasuk meluluskan sebanyak enam usul.

"Antara usul yang diluluskan ialah usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor.

"Sidang hari ini dapat dipendekkan kepada hanya setengah hari berikutan ADUN bersetuju meluluskan usul yang dibawa dan tidak mengambil bahagian dalam membahas usul berkenaan," katanya.