DAP tidak tuntut jawatan MB Selangor - Suee Lim

Suee Lim, Rodziah
Suee Lim, Rodziah
A
A
A

SHAH ALAM - DAP Selangor tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor baharu meskipun menang semua di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Naib Pengerusinya, Ng Suee Lim berkata, tiada sebab DAP mahu menuntut jawatan Menteri Besar Selangor kerana ia milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah dipersetujui komponen Pakatan Harapan (PH).

"Memang sejak dari awal tidak pernah pun kita (PH) ada pertikaian dan sebagainya (berhubung jawatan Menteri Besar).

"DAP teman setia dalam PH yang (telah pun) diuji selama ini dan terbukti tidak pernah tikam belakang untuk menjadi pengkhianat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan berkata, pemimpin DAP tidak pernah membuat sebarang kenyataan yang menyinggung rakan dalam PH.

"Saya ingin menjelaskan tiada pemimpin DAP menyatakan sedemikian dan ini dilakukan pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah ingin menggambarkan kami kemaruk kuasa," jelas beliau

Sehubungan itu, Suee Lim berkata, tindakan pihak cuba mengaitkan DAP untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor disifatkan tidak bertanggungjawab dan cuba melagakan komponen PH.

"Ini satu kenyataan yang cuba memporak-peranda dan menimbulkan syak wasangka serta provokasi.

Artikel Berkaitan:

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan sedemikian yang hanya memetik sumber tidak berasas," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP), Rodziah Ismail berkata, jawatan MB secara konsensus milik PKR.

"Kuota MB Selangor masih PKR dan kami tiada masalah kerana ia kesefahaman yang telah pun dicapai oleh semua parti PH," katanya.

Sebelum ini timbul ura-ura pihak tertentu mencadangkan jawatan Menteri Besar Selangor diberikan kepada DAP berikutan kemenangan parti itu di semua 15 DUN ditandingi dalam PRN Selangor.

Cadangan itu menyatakan DAP mempunyai calon beragama Islam iaitu Jamaliah Jamaluddin yang sudah dua penggal menjadi ADUN Bandar Utama.

ARTIKEL BERKAITAN:

Amirudin menghadap Sultan Selangor

Serah kebijaksanaan parti tentu nama calon MB Selangor - Fahmi Ngah

Pemimpin PH Selangor secara konsensus setuju kekalkan Amirudin

'Jangan terjebak spekulasi pelantikan Menteri Besar Selangor'

Menteri Besar Selangor angkat sumpah selewatnya Isnin depan?