Lelaki cedera lantai tandas runtuh

Foto menunjukkan lubang dalam sebuah tandas di Stesen Ritsurin, Takamatsu, Wilayah Kagawa, yang terjatuhnya seorang lelaki pada 31 Julai 2025. Foto ihsan Shikoku Railway Co.) (Kyodo)
Foto menunjukkan lubang dalam sebuah tandas di Stesen Ritsurin, Takamatsu, Wilayah Kagawa, yang terjatuhnya seorang lelaki pada 31 Julai 2025. Foto ihsan Shikoku Railway Co.) (Kyodo)
A
A
A

TAKAMATSU – Seorang lelaki cedera selepas lantai tandas runtuh di sebuah stesen kereta api di wilayah Kagawa barat Jepun, pada Khamis lalu.

Menurut laporan Kyodo News, kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi di Stesen Ritsurin, Laluan Kotoku, yang dikendalikan oleh Shikoku Railway Co. (JR Shikoku).

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 67 tahun dikatakan terjatuh ke dalam lubang sedalam 65 sentimeter selepas satu panel lantai yang menutupi ruang penyelenggaraan tiba-tiba runtuh ketika dipijaknya.

Syarikat pengedali terbabit berkata, mangsa mengalami luka dan lebam di bahagian lutut sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ruang tersebut ditutupi tujuh panel keluli berukuran kira-kira 60 sentimeter lebar, 50 sentimeter panjang dan empat sentimeter tebal.

Menurut JR Shikoku, empat panel telah diganti sebelum ini namun panel yang runtuh itu masih digunakan sejak stesen tersebut dibina pada tahun 1976 dan dipercayai telah mengalami hakisan.

"Pemeriksaan terakhir terhadap struktur berkenaan dilakukan pada Jun tahun lalu dan tidak menemui sebarang kerosakan," katanya.

Susulan kejadian, syarikat berkenaan memaklumkan akan menjalankan pemeriksaan kecemasan di semua stesen kendaliannya sebagai langkah keselamatan.

Seorang pegawai JR Shikoku turut memohon maaf kepada orang ramai atas kejadian yang disifatkan sebagai satu kesulitan besar.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!