SRN platform kukuh perpaduan mahasiswa

Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menganjurkan Konvensyen Sekretariat Rukun Negara 2025 yang disempurnakan Aaron (dua dari kanan).
Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menganjurkan Konvensyen Sekretariat Rukun Negara 2025 yang disempurnakan Aaron (dua dari kanan).
A
A
A

SHAH ALAM – Konvensyen Sekretariat Rukun Negara (SRN) 2025 menjadi platform menyatukan kepimpinan SRN seluruh negara bagi memperkukuh jaringan, memperkasakan peranan mahasiswa dan menyemarakkan aspirasi Malaysia Madani.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, hal ini kerana mahasiswa kini perlu menjadi ejen perubahan sosial yang bukan lagi bersifat pilihan, sebaliknya merupakan satu keperluan strategik dalam membina masa depan perpaduan negara.

“Mahasiswa perlu menyemai nilai faham, hormat dan terima iaitu nilai teras yang menjadi asas keharmonian masyarakat majmuk,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Konvensyen SRN yang dihadiri lebih 350 pemimpin sekretariat itu dari seluruh negara.

Suasana ketika Konvensyen Sekretariat Rukun Negara (SRN) 2025.
Suasana ketika Konvensyen Sekretariat Rukun Negara (SRN) 2025.

Sebagai rekod, SRN ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai inisiatif utama kerajaan dalam memupuk jati diri mahasiswa dalam ekosistem perpaduan nasional.

Sehingga kini, sebanyak 193 buah SRN telah diwujudkan di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Konvensyen turut mencadangkan penubuhan Majlis Kepimpinan SRN IPT Kebangsaan sebagai platform rasmi penyelarasan antara semua IPT bagi memperkukuh agenda perpaduan di kampus.

Majlis tersebut bakal menjadi saluran libat urus antara mahasiswa dan kementerian serta agensi berkaitan untuk memastikan kesinambungan gerakan kenegaraan secara bersepadu.

Artikel Berkaitan:

Antara pengisian konvensyen berkenaan termasuk Diskusi Perpaduan: Aku Negaraku, Perkongsian Amalan Terbaik SRN, Persidangan Media Sosial vs Belia Masa Kini dan Persidangan Pemerkasaan Kepimpinan SRN.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!