Dihempap papan tanda jalan

Pemandu tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.
Pemandu tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.
A
A
A

MELBOURNE - AUSTRALIA . Seorang wanita cedera selepas papan tanda lalu lintas menghempap keretanya ketika kejadian di sebuah lebuh raya di Melbourne pada minggu lalu.

Papan tanda berukuran 5 meter (m) x 4 m yang dipasang di atas sebuah struktur itu tumbang ketika waktu puncak pada Selasa lalu.

ABC News melaporkan pemandu itu, Nella Lettieri, 53, bagaimanapun bernasib baik dan hanya mengalami kesan lebam.

Susulan itu, pihak berkuasa telah melancarkan siasatan dan mengesahkan laluan itu selamat untuk pengguna lalu lintas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, papan tanda kedua di gantri di lokasi kejadian itu juga telah diturunkan untuk pemeriksaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: