Pergaduhan Jalan Kebun Sultan: Enam lelaki direman

KOTA BHARU – Enam lelaki tempatan yang terlibat dalam kes pergaduhan di Jalan Kebun Sultan pada 23 Mei lalu telah direman selama empat hari bermula Khamis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua suspek ditahan selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu selepas hampir dua bulan diburu pihak polis.
“Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 30-an menyerah diri pada jam 3.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata atau objek berbahaya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Polis Kelantan sedang giat mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat dalam insiden pergaduhan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, insiden itu dikesan selepas satu video pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki dimuat naik ke laman sosial Facebook sekitar jam 1.40 tengah hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

