Buruh maut motosikal terbabas elak biri-biri

Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ketika cuba mengelak seekor biri-biri dalam kejadian di Jalan Kampung Pangkal Mak Wan-Kampung Joh, Machang pada Khamis. - Foto: PDRM
Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ketika cuba mengelak seekor biri-biri dalam kejadian di Jalan Kampung Pangkal Mak Wan-Kampung Joh, Machang pada Khamis. - Foto: PDRM
A
A
A

MACHANG – Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak seekor biri-biri dalam kejadian di Jalan Kampung Pangkal Mak Wan–Kampung Joh di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lelaki bujang berusia 25 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda C70 dilaporkan datang dari arah Kampung Pangkal Mak Wan menuju ke Kampung Joh sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah dan telah dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, kami dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan pada jam lebih kurang 1.30 petang pada hari yang sama.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!