X

Kindly register in order to view this article
!

Ahmad Faizal mulakan tugas MB Perak

Ahmad Faizal memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Perak ke-13 hari ini.
A
A

IPOH - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Perak ke-13 hari ini dengan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bagi menangani isu koronavirus (Covid-19).

Beliau tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi dan disambut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Nor Sham Rahman dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan.

Sambutan berlangsung dalam skala kecil dan tanpa kehadiran pihak media sebagai langkah mewujudkan jarak sosial dan membendung penularan wabak berkenaan.

Ahmad Faizal kemudiannya mendengar taklimat daripada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri sebelum memulakan Mesyuarat MKN pada jam 9.30 pagi tadi.

Ahmad Faizal memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Perak ke-13 hari ini.
Ahmad Faizal memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Perak ke-13 hari ini.
Ahmad Faizal menjalani saringan kesihatan sebaik tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 8.30 pagi tadi bagi memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Perak ke-13.
Ahmad Faizal menjalani saringan kesihatan sebaik tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 8.30 pagi tadi bagi memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Perak ke-13.

Mesyuarat berkenaan bertujuan membincangkan tindakan lanjut pentadbiran kerajaan negeri dan jabatan serta agensi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan, semalam menjadikan keseluruhan 553 individu dijangkiti wabak berkenaan dan Perak mencatatkan 18 kes.

Kerajaan telah memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok, 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Jumaat lalu, Ahmad Faizal, 50, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-13 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Lantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak itu adalah susulan pembentukan kerajaan baharu menerusi gabungan Perikatan Nasional terdiri daripada UMNO, Pas dan Bersatu yang memperoleh sokongan 32 daripada keseluruhan 59 ADUN.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan di Perak pada 2018 lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal dilantik semula Menteri Besar Perak

Sambutan berlangsung dalam skala kecil dan tanpa kehadiran pihak media sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19.
Sambutan berlangsung dalam skala kecil dan tanpa kehadiran pihak media sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!